Habis Sudah Cuti Sebulan

Sunday, October 25, 2009

Assalamualaikum Student2 PERSIS! =D

Habis sudah cuti kita selama sebulan. Open house pun sudah takde. Maksudnya tak ada lagi lah makan free. =) Yang ada pun mungkin open house untuk Deepavali. Tapi tak mengapa pun kalau mahu pergi open house rumah auntie India depan rumah tu. Nama pun "1 Malaysia" kan? =)




Ketika Student Dip. and Degree sedang cuti sem, hanya tinggal student Asasi. Walaupun tidak ramai dan kami terpaksa dipindahkan ke Qaryah, tapi tidak mengapa. Kami rasa dengan melakukan sebegitu, dapat merapatkan hubungan sesama pelajar Asasi yang lain-lain course. Tidak kira junior ataupun senior.


Terdapat pelbagai jenis rintangan dan perkara-perkara lucu yang kami hadapi ketika itu. Tapi itu perkara biasa, student Asasi kan KENTAL? =D Contohnya, apabila cafe yang buka hanyalah Cafe Tasik. Memang dugaan habislah. Tu pun buka sampai pukul 6. Dan banyak lagi lah pengalaman menarik yang berlaku. Tapi tak mengapa, sekurang-kurang nya ianya menjadi salah satu memori yang akan diingati sampai ke tua nanti =)




Pada 16 Oct 2009, kami telah dipindahkan ke parcel baru. Siswa memasuki parcel lama siswi, manakala siswi yang sebaliknya. Memang ketika itu waktu panas terik. Tapi semua itu tidak penting, janji Wireless laju =D Tidak sempat habis kemas barang, masing-masing meng'online' kan diri. Memang seronok. Tidur pun tidak tutup Laptop.


Kini KUIS sudah kembali seperti biasa. Blok-blok baru sudah siap dibina. Siswa dan siswi Dip. dan Degree pun sudah kembali.

2 comments:

Anonymous said...

tapi sekarang masalah air pulak. sabarlah kawan2 sekalian. hehe :)

PERSIS said...

Hehe. Btol2. Tapi tak lama lagi akan ok lah tu. Sabar ye? =D

 
 
 

Selangorkini

Labels

Find us :

Malaysiakini

Labels

Followers

Labels