Simfoni PERSIS 2

Sunday, November 1, 2009

Assalamualaikum.

Ya,kami tengah update lah ni. Sabo2.

Pada tarikh 30 Okt yang lalu, PERSIS telah mengadakan satu program untuk meraikan student Sem 3 yang telah tamat belajar. Memang cuaca tidak mengizinkan, tapi kami berasa teramat gembira. Biarpun kasut dan stokin masing2 basah, tapi kami ENJOY bak mata Puteri =)). Program ini bermula pada pukul 9. Dihadiri oleh Dr. Zul yang bagi kami seperti bapa kedua kami. Selain itu, Abg Mantan kami juga kelihatan segak bergaya ketika malam itu.

Program itu dimulakan dengan bacaan doa oleh student Pengurusan Sem 2. Selepas ucapan daripada Dr. Zul dan Abg Mantan kami, kami dihidangkan dengan tayangan slideshow yang dibuat oleh Biro Penerbitan. Ketika slideshow itu ditayangkan, ramai antara kami yang bersorak sakan kerana gambar2 lucu mereka ditayangkan dihadapan. Sekali gus, mempertontonkan Majlis Tertinggi PERSIS yang baru dilantik.

Kemudian akak2 dan abg senior dihiburkan dengan satu game iaitu Memakan Buah Apple. Memang kelakar sungguh tgk muka dan gelagat mereka. Dr. Zul pun turut terlibat. Terima kasih lah kami ucapkan kepada Biro Sukan dan Rekreasi kerana menceriakan program itu. Seterusnya, adalah acara yang paaaaaaaaaaling dinantikan iaitu Menjamu Selera. Wah! Memang ramai lah yang beratur menunggu makanan. Lauk pada malam itu ialah lauk Ayam Masak Merah, Kari Sayur dan pencuci mulutnya ialah buah Tembikai. Air yang dihidangkan ialah Air Oren dan Sirap.

Dengan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Biro2 yang terlibat untuk menjayakan Program Simfoni PERSIS 2 ini. Mereka bersusah payah menyiapkan persiapan majlis itu walaupun dalam keadaan hujan, mereka teruskan juga. Arigatou! =D

2 comments:

Chombi said...

Hehe. Besh2! Makan free!~

Chombi said...

Hehe. Besh2! Makan free!~

 
 
 

Selangorkini

Labels

Find us :

Malaysiakini

Labels

Followers

Labels