Sukaneka PERSIS

Saturday, November 14, 2009

Assalamualaikum =D

Thanks ah to dak2 Asasi yang bagi cadangan psl blog nih. Cadangan dorg suruh buat blog ni sempoi. Orait jer, tak de hal. Lagi kteorg suka. Hee~

Okay! Pada 14hb Nov, once again PERSIS buat lagi event yg boleh dikatakan fun. Sukaneka PERIS. Eventhough mcm tak ramai sgt, tapi still best ah. A lot of thank you and appreciation untuk Biro2 yang byk bantu mjayakan event nih. Hopefully korg buat lagi yer? Hehe.



Arrival pukul 9 am, tapi still ade yg dtg lambat. Haishh! Lepas tu, tanda kehadiran and diberikan sedikit taklimat mengenai event nih. Next! Dengan diketuai oleh Biro Sukan dan Rekreasi iaitu Wafa dan Huzail, kteorg melakukan sedikit warm up. Yelah, kang ade yg cram plak. Kan dah susah. Hehe.


Sebelum tlupa! Meh sini kteorg listkan nama-nama kump yang ade time tu. Hehe~

- Super Girls

- Colgate

- Paku Pakis

- Cencalok

- Kopi Janda


Ade beberapa jenis permainan, contohnya Getah Dalam Tepung, Belon Kasih Sayang, Memancing, Bowling Kelapa, dan Radio Rosak. Memang best ah game2 yg disediakan. Tapi rasanya paling best getah dalam tepung. Haha! lepas main, semua dah jadi macam opera cina. Dan game yg paling mencabar dan menguji kesabaran apa lagi, game memancing lah. Time tu kite boleh tgk sape yg kuat iman dan penyabar. =D


Event diakhiri dgn penyampaian hadiah. Disini kteorg tempelkan gambar2 pemenang. Jap! Yg menyampaikan hadiah ialah Ms. Alin kerana Dekan Asasi tak dapat hadir. Huhu.



Tempat Pertama


Tempat Kedua = Paku Pakis


Tempat Ketiga = Super Girl

So PERSIS, suprise us even more!
READ MORE - Sukaneka PERSIS

Mesra Asasi

Friday, November 6, 2009

Pada 31 Oktober, PERSIS telah mengadakan satu program iaitu Program Mesra Asasi. Ianya bermula pada pukul 5.30 pagi. Program itu dimulakan dengan solat subuh di Masjid Al-Azhar dan diikuti dengan kuliah subuh. Kemudian kami dihidangkan dengan sarapan pagi. Sarapan pagi kami dihidangkan dengan cara yang berbeza. Kepada sesiapa yang tidak biasa, pasti akan rasa kekok. Nasi goreng dimasak dengan enak sekali.

Selesainya makan, program diteruskan dengan objektif utama program ini iaitu untuk membersihkan masjid yang disanjungi iaitu Masjid Al-Azhar. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan kerja. Masing2 mengambil perlatan membersih yang disediakan dan memulakan kerja. Perut sudah kenyang, baru ada tenaga untuk bekerja =).





Kerja pembersihan selesai dalam lebih kurang pukul 10.30 pagi. Walaupun penat, tetapi kami berasa seronok. Yelah, membersihkan masjid secara beramai2 kan lebih menyeronokkan =)

READ MORE - Mesra Asasi

Perhatian!

Thursday, November 5, 2009

Syukur Alhamdulillah, kini botol air yang ditinggalkan ketika malam Simfoni PERSIS 2 telah pulang ke pangkuan tuannya. Kami amat bebesar hati kerana dapat membantu dalam pencarian ini. =) Dengan ini, Jagalah keselamatan botol air anda.

READ MORE - Perhatian!

Simfoni PERSIS 2

Sunday, November 1, 2009

Assalamualaikum.

Ya,kami tengah update lah ni. Sabo2.

Pada tarikh 30 Okt yang lalu, PERSIS telah mengadakan satu program untuk meraikan student Sem 3 yang telah tamat belajar. Memang cuaca tidak mengizinkan, tapi kami berasa teramat gembira. Biarpun kasut dan stokin masing2 basah, tapi kami ENJOY bak mata Puteri =)). Program ini bermula pada pukul 9. Dihadiri oleh Dr. Zul yang bagi kami seperti bapa kedua kami. Selain itu, Abg Mantan kami juga kelihatan segak bergaya ketika malam itu.

Program itu dimulakan dengan bacaan doa oleh student Pengurusan Sem 2. Selepas ucapan daripada Dr. Zul dan Abg Mantan kami, kami dihidangkan dengan tayangan slideshow yang dibuat oleh Biro Penerbitan. Ketika slideshow itu ditayangkan, ramai antara kami yang bersorak sakan kerana gambar2 lucu mereka ditayangkan dihadapan. Sekali gus, mempertontonkan Majlis Tertinggi PERSIS yang baru dilantik.

Kemudian akak2 dan abg senior dihiburkan dengan satu game iaitu Memakan Buah Apple. Memang kelakar sungguh tgk muka dan gelagat mereka. Dr. Zul pun turut terlibat. Terima kasih lah kami ucapkan kepada Biro Sukan dan Rekreasi kerana menceriakan program itu. Seterusnya, adalah acara yang paaaaaaaaaaling dinantikan iaitu Menjamu Selera. Wah! Memang ramai lah yang beratur menunggu makanan. Lauk pada malam itu ialah lauk Ayam Masak Merah, Kari Sayur dan pencuci mulutnya ialah buah Tembikai. Air yang dihidangkan ialah Air Oren dan Sirap.

Dengan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Biro2 yang terlibat untuk menjayakan Program Simfoni PERSIS 2 ini. Mereka bersusah payah menyiapkan persiapan majlis itu walaupun dalam keadaan hujan, mereka teruskan juga. Arigatou! =D
READ MORE - Simfoni PERSIS 2

 
 
 

Selangorkini

Labels

Find us :

Malaysiakini

Labels

Followers

Labels