Mesra Asasi

Friday, November 6, 2009

Pada 31 Oktober, PERSIS telah mengadakan satu program iaitu Program Mesra Asasi. Ianya bermula pada pukul 5.30 pagi. Program itu dimulakan dengan solat subuh di Masjid Al-Azhar dan diikuti dengan kuliah subuh. Kemudian kami dihidangkan dengan sarapan pagi. Sarapan pagi kami dihidangkan dengan cara yang berbeza. Kepada sesiapa yang tidak biasa, pasti akan rasa kekok. Nasi goreng dimasak dengan enak sekali.

Selesainya makan, program diteruskan dengan objektif utama program ini iaitu untuk membersihkan masjid yang disanjungi iaitu Masjid Al-Azhar. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan kerja. Masing2 mengambil perlatan membersih yang disediakan dan memulakan kerja. Perut sudah kenyang, baru ada tenaga untuk bekerja =).





Kerja pembersihan selesai dalam lebih kurang pukul 10.30 pagi. Walaupun penat, tetapi kami berasa seronok. Yelah, membersihkan masjid secara beramai2 kan lebih menyeronokkan =)

0 comments:

 
 
 

Selangorkini

Labels

Find us :

Malaysiakini

Labels

Followers

Labels